SELAMAT DATANG DI WEBBLOG SERBA-SERBI INDONESIA TERIMAKASIH SUDAH BERKUNJUNG

Kamis, 14 April 2011

Strategi-Strategi Pembelajaran Reflektif


(Berfikir Mengenai Apa Yang Difikirkan)
Oleh
Ahmad Fuad Muhammad1
Kertas ini memberi tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai kemahiran-kemahiran metakognitif. Pada asasnya ia bermaksud apa yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya. Dengan lebih memahami stail-stail dan proses-proses pembelajaran individu, pelajar akan lebih bersedia untuk belajar. Apabila pengajar lebih memahami
bagaimana
pelajar-pelajar
belajar,
usaha-usaha
pengajarannya akan menjadi lebih efisyen dan berkesan.
Apa itu Sains Cognitif (Cognitive Science)?
Satu bentuk penyiasatan saintifik yang bermula pada tahun 1956
(Simon, 1980).
Merupakan bidang ‘disiplin’ yang agak baru hasil usaha tumpuan bersama para psikologis kognitif, para penyelidik “artificial intelligence,” para linguistik dan juga para falsafah untuk memahami bagaimana minda manusia berfungsi.
Matlamat utamanya ialah untuk mencari suatu persefahaman bersama mengenai sistem-sistem akal (intelligent systems) dan sifat/kudrat akal manusia (nature of human intelligence).
Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang disiplin ini telah memberi pemahaman yang lebih mendalam berkaitan bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi, disimpan, digiatkan, diproses, dan diintegrasikan (dihayati). Penyelidikan dalam disiplin ini juga telahmeningkatkan pemahaman tentang interaksi minda manusia dengan dunia luar.
Perbezaan Antara Ahli Pakar (Experts) dengan Ahli Baru
(Novices)
Sains kognitif telah menghasilkan pemahaman yang lebih baik mengenai kecekapan (competence) ataupun ketidak kecekapan (incompetence) manusia dan juga proses-proses yang mendasari pemikiran yang baik dan penyelesaian masaalah. Hasil keputusandaripada beberapa penyelidikan yang relevan dengan teknologi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

TERIMAKASIH

DAFTAR SEMUA POSTINGAN